Sunday 13 July 2014

Review: Mind Your Language

Sekarang ni Malaysia popular dengan siri Oh! My English yang ditayangkan di Astro Ceria. Kebelakangan ni pulak satu lagi cerita yang berunsurkan sitcom komedi dalam kelas mengajar bahasa adalah Cakap Melayu lah, versi mengajar Bahasa Melayu. Tapi tak boleh lawan cerita Mind Your Language, bagi aku la.

Mind Your Language ni adalah sitcom komendi berlatarbelakangkan kelas mengajar subjek English As a Foreign Language kepada pelajar dewasa. Diterbitkan di United Kingdom pada tahun 1977, memang sangat best dan sangat tinggi tahap komedi. Untuk cerita macam ini, 'kebodohan' dan tahap innocence para pelajar yang menggunakan bahasa inggeris yang salah adalah yang menjadi faktor sitcom ini berjaya.

Dalam cerita itu berpusatkan guru bahasa inggeris, Mr. Jeremy Brown yang bertungkus lumus mengajar anak muridnya yang datang dari pelbagai nasionaliti seperti Itali, Greek, China, India, Perancis, Sepanyol, Jerman dan banyak lagi. Sebagai pelajar yang datang bukan dari negara yang inggeris bukan mother tounge, memang lawak. Ala, macam kita dengar mak cik dari Negeri Sembilan cakap bahasa orang putih la.

Hanya ada 4 siri dan 42 episod, memang tak terlepas dari kita terbahak-bahak. Cukup la untuk isi masa terluang. Belajar jugak sedikit apa itu adverb, preposition, conjunction dan segala term bahasa inggeris yang dah dilupakan dulu. Apa-apa pun, Mind Your Language!

No comments:

Post a Comment