Wednesday 16 July 2014

Jual nama bos...

Bila kerja makan gaji ni, kita ada bos dan bos selalunya akan jadi tempat rujukan kesemua kerja kita. Tapi, nama bos boleh digunakan untuk disalahkan jika berlaku masalah dan bos jugak akan jadi modal kita nak suruh orang lain buat sesuatu kerja, walaupun tak ada pun bos tu katakan benda tu.

Hal ini terjadi pada aku bila orang guna nama bos untuk sesuatu perkara. Hari Isnin lepas, aku bertungkus-lumus la buat satu paperwork untuk presentation warranty claim untuk satu customer. Malangnya kerja tu tak dapat nak disiapkan sebab biasalah, one man show - semua kerja kita buat. Disebabkan kerja tak siap, aku pun inform la pada customer aku minta submit hari Rabu (sebab Selasa public holiday).

Aku tak tahu la dia marah ke apa, tetiba dia cakap, disebabkan aku tak sempat nak siapkan, aku didenda untuk present paperwork tu dekat bos dia. Bos yang akan turun adalah Managing Director, Plan Director, Technical Advisor dari Jepun semua akan turun. Dah siap set time lagi pagi Rabu tu aku akan dibelasah cukup menunjukkan dia sangat serius.

Dengan gelabahnya aku pun iyakan aje apa dia suruh (pasal salah sendiri dan tak mahu gaduh dengan dia), dan bawak balik la kerja tu untuk disiapkan di rumah time public holiday tu. Bos customer bila terlibat dengan kerja kita ni seolah- olah memperjudikan nama baik syarikat. Tak betul nanti aku sendiri yang kena dan bos akan cari aku hingga ke lubang cacing.

Bertungkus lumus aku siapkan slide show sampai sakit-sakit pinggang. Pagi-pagi buta hari Rabu tu sempat lagi aku masuk lab buat bahan bukti presentation aku. Tunjuk kat bos aku, dia tak puas hati dan minta aku tambah lagi. Yelah, gila apa present benda content tak kuat pada big bos customer. Aku pun buat dan redha je apa yang terjadi.

Pukul 10.45 pagi tadi tepat sampai di luar bilik presentation kat customer office, keluar la brother yang 'gertak' aku sebelum ni, dengan muka sengih dia kata mana ada bos datang, saje je bagi cuak aku dan dia pun tak sangka bos aku ikut sekali. Cheit, dalam hati aku terbakar je..tapi muka still boleh control. Aku present la macam aku present depan bos-bos dia. Settle, dan boleh balik bila diorang puas hati.

Pengajarannya adalah, bila guna nama bos, semua kerja boleh beres. Hehe.. Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain dan kantoi dengan bos sudah la..!

No comments:

Post a Comment