Thursday 10 July 2014

Bukan engineer kalau tak ada skil multitasking

Engineer bukan sebarang kerjaya, dan bukan untuk sebarang orang. Engineer memerlukan skil multitasking yang amat tinggi. Semua kena urus - urus production, buat report, urus subordinate, buat apa manager suruh, dan lain-lain. Bila skil multitasking tak bagus, habis la semua kerja tak boleh siap.

Multitasking ni selalunya tak boleh dapat semua tugas kita dengan sempurna, tapi semua tugas kita dapat disiapkan. Berbeza dengan single tasking job, macam operator di production line. Mereka hanya disuruh buat kerja itu je. Dan kita harap kerja dia sempurna, sebab hanya single tasking sahaja, tak perlu fikir hal lain.

Masalahnya, bila engineer kurang skil multitasking, atau lagi teruk hanya mampu single tasking je, dia tak akan tenang di tempat kerja. Semua perlu follow up, semua orang kena ingatkan. Yang lagi teruk, kerja yang dia dah setuju buat pun dia tak buat. Bila kita demand kerja, muka blurr dan luah perasaan yang banyak kerja yang dia kena buat.

Aku dah rasa bila kerja dengan engineer macam ni, kerja kita pun banyak tertangguh. Bila kerja kita tertangguh, bos akan belasah kita, bukan belasah orang lain.

Sekadar meluahkan, just can sit tight and wishing for better...

No comments:

Post a Comment