Wednesday 16 July 2014

30 minit masa lapang = RM2.00

Hari ni aku bawal kereta ke tempat kerja. Kenapa? Sebab subuh tapi lepas sahur kedengaran guruh saling berganti. Memang tak hujan lagi, tapi memang tekad naik kereta takut hujan pulak di tengah jalan.

Balik kerja, dari persimpangan HICOM ke RNR sebelah HICOM lebuhraya KESAS okey lagi, ke depan je sket...ooopss! Jam sepanjang 2 km kenderaan nak masuk persimpangan Seffield. Kenapa jam? Sah, kenderaan beratur sepanjang-panjangnya nak ambil tiket tol semata-mata!

Aku congak, kalau beratur ni koman-koman minimum setengah jam jugak ni, mungkin lebih kalau sangkut sekali dengan kenderaan lain untuk dapatkan tiket. Kalau nak cepat, lalu Touch n Go tapi tak boleh claim la dengan company sebab tak ada resit tol.

Fikir punya fikir, drive kereta masuk lorong kanan, pecut, turunkan cermin tingkap, brek, sentuh kad Touch n Go dan pecut selaju-lajunya. Kosong. Kosong jalan selepas tol tanpa ada traffic jam. Dan aku, rugi RM2 hari ni.

Tapi fikir punya fikir, semacam aku beli masa lapang aku dari tunggu beratur selama mungkin setengah jam tu dengan harga RM2. Teringat pulak, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara - salah satunya adalah masa lapang sebelum masa sempit. Baru terasa nikmat masa lapang yang ada bila boleh sampai di rumah awal setengah jam.

Rugi la kan tak boleh claim balik tol. Tak apa, balik rumah, dapat jumpa abah yang baru nak pergi kerja dan bergurau dengan adik-adik sebelum berbuka puasa. Puas. Ada masa lapang lagi. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment