Wednesday 16 July 2014

30 minit masa lapang = RM2.00

Hari ni aku bawal kereta ke tempat kerja. Kenapa? Sebab subuh tapi lepas sahur kedengaran guruh saling berganti. Memang tak hujan lagi, tapi memang tekad naik kereta takut hujan pulak di tengah jalan.

Balik kerja, dari persimpangan HICOM ke RNR sebelah HICOM lebuhraya KESAS okey lagi, ke depan je sket...ooopss! Jam sepanjang 2 km kenderaan nak masuk persimpangan Seffield. Kenapa jam? Sah, kenderaan beratur sepanjang-panjangnya nak ambil tiket tol semata-mata!

Aku congak, kalau beratur ni koman-koman minimum setengah jam jugak ni, mungkin lebih kalau sangkut sekali dengan kenderaan lain untuk dapatkan tiket. Kalau nak cepat, lalu Touch n Go tapi tak boleh claim la dengan company sebab tak ada resit tol.

Fikir punya fikir, drive kereta masuk lorong kanan, pecut, turunkan cermin tingkap, brek, sentuh kad Touch n Go dan pecut selaju-lajunya. Kosong. Kosong jalan selepas tol tanpa ada traffic jam. Dan aku, rugi RM2 hari ni.

Tapi fikir punya fikir, semacam aku beli masa lapang aku dari tunggu beratur selama mungkin setengah jam tu dengan harga RM2. Teringat pulak, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara - salah satunya adalah masa lapang sebelum masa sempit. Baru terasa nikmat masa lapang yang ada bila boleh sampai di rumah awal setengah jam.

Rugi la kan tak boleh claim balik tol. Tak apa, balik rumah, dapat jumpa abah yang baru nak pergi kerja dan bergurau dengan adik-adik sebelum berbuka puasa. Puas. Ada masa lapang lagi. Alhamdulillah.

Girlfriend @ Tunang

"You selalu jalan ikut sini kan? Apa tu, you punya ...girlfriend ka, belajar di UKM kan?" bos aku memulakan topik baru bila kami baru sahaja habis cerita bab traffic jam highway sekita Puchong time nak pergi ke customer office untuk presentation.

Aku iyakan jelah apa yang dia tanya tu. Girlfriend? Hehe..ini kali pertama aku dengar orang pakai istilah ni untuk cik tunang aku. Selalu orang melayu ni bila 2 3 bulan nak kahwin, kita akan refer special one kita sebagai bertunang sebab memang ada adat pertunangan ni sebelum dinikahkan. But, cik tunang diklasifilasikan sebagai girlfriend? So funny..hehehe...

Bila buka cerita orang putih, bila girlfriend ni dah macam isteri sendiri dah, angkut ke sana sini, tidur serumah tanpa ikatan yang sah dan hidup bersama-sama la. Tapi bila cakap bab kahwin, oh, sangat sentitif! Terutamanya bab lelaki. Kadang-kadang tu bila girlfriend tu sebut je bab kahwin, ada boyfriend ni yang terus cabut!

Bila fikir macam tu, biasalah bos non muslim ni mungkin dia serba salah kot nak pakai term tunang tu pada cik tunang aku. Tapi dia jugak yang luluskan borang cuti aku time  aku bertunang dulu..haha! Patutnya dia tahu la kan? Tapi, girlfriend ek? Hehe..sangat-sangat unfamiliar la perkataan tu dalam hidup aku.

Mungkin ada sebahagian orang Islam yang mengabdikan diri dengan istilah boyfriend-girlfriend ni seperti pemahanan barat, tapi bagi aku cik tunang adalah tunang aku, tetap kene jaga batas-batas pertunangan dan insyaAllah akan jadi seorang isteri. Apa barang kalau hanya berani ada girlfriend, ada isteri la kan baru berani...hahaha!

Jual nama bos...

Bila kerja makan gaji ni, kita ada bos dan bos selalunya akan jadi tempat rujukan kesemua kerja kita. Tapi, nama bos boleh digunakan untuk disalahkan jika berlaku masalah dan bos jugak akan jadi modal kita nak suruh orang lain buat sesuatu kerja, walaupun tak ada pun bos tu katakan benda tu.

Hal ini terjadi pada aku bila orang guna nama bos untuk sesuatu perkara. Hari Isnin lepas, aku bertungkus-lumus la buat satu paperwork untuk presentation warranty claim untuk satu customer. Malangnya kerja tu tak dapat nak disiapkan sebab biasalah, one man show - semua kerja kita buat. Disebabkan kerja tak siap, aku pun inform la pada customer aku minta submit hari Rabu (sebab Selasa public holiday).

Aku tak tahu la dia marah ke apa, tetiba dia cakap, disebabkan aku tak sempat nak siapkan, aku didenda untuk present paperwork tu dekat bos dia. Bos yang akan turun adalah Managing Director, Plan Director, Technical Advisor dari Jepun semua akan turun. Dah siap set time lagi pagi Rabu tu aku akan dibelasah cukup menunjukkan dia sangat serius.

Dengan gelabahnya aku pun iyakan aje apa dia suruh (pasal salah sendiri dan tak mahu gaduh dengan dia), dan bawak balik la kerja tu untuk disiapkan di rumah time public holiday tu. Bos customer bila terlibat dengan kerja kita ni seolah- olah memperjudikan nama baik syarikat. Tak betul nanti aku sendiri yang kena dan bos akan cari aku hingga ke lubang cacing.

Bertungkus lumus aku siapkan slide show sampai sakit-sakit pinggang. Pagi-pagi buta hari Rabu tu sempat lagi aku masuk lab buat bahan bukti presentation aku. Tunjuk kat bos aku, dia tak puas hati dan minta aku tambah lagi. Yelah, gila apa present benda content tak kuat pada big bos customer. Aku pun buat dan redha je apa yang terjadi.

Pukul 10.45 pagi tadi tepat sampai di luar bilik presentation kat customer office, keluar la brother yang 'gertak' aku sebelum ni, dengan muka sengih dia kata mana ada bos datang, saje je bagi cuak aku dan dia pun tak sangka bos aku ikut sekali. Cheit, dalam hati aku terbakar je..tapi muka still boleh control. Aku present la macam aku present depan bos-bos dia. Settle, dan boleh balik bila diorang puas hati.

Pengajarannya adalah, bila guna nama bos, semua kerja boleh beres. Hehe.. Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain dan kantoi dengan bos sudah la..!

Sunday 13 July 2014

Review: Mind Your Language

Sekarang ni Malaysia popular dengan siri Oh! My English yang ditayangkan di Astro Ceria. Kebelakangan ni pulak satu lagi cerita yang berunsurkan sitcom komedi dalam kelas mengajar bahasa adalah Cakap Melayu lah, versi mengajar Bahasa Melayu. Tapi tak boleh lawan cerita Mind Your Language, bagi aku la.

Mind Your Language ni adalah sitcom komendi berlatarbelakangkan kelas mengajar subjek English As a Foreign Language kepada pelajar dewasa. Diterbitkan di United Kingdom pada tahun 1977, memang sangat best dan sangat tinggi tahap komedi. Untuk cerita macam ini, 'kebodohan' dan tahap innocence para pelajar yang menggunakan bahasa inggeris yang salah adalah yang menjadi faktor sitcom ini berjaya.

Dalam cerita itu berpusatkan guru bahasa inggeris, Mr. Jeremy Brown yang bertungkus lumus mengajar anak muridnya yang datang dari pelbagai nasionaliti seperti Itali, Greek, China, India, Perancis, Sepanyol, Jerman dan banyak lagi. Sebagai pelajar yang datang bukan dari negara yang inggeris bukan mother tounge, memang lawak. Ala, macam kita dengar mak cik dari Negeri Sembilan cakap bahasa orang putih la.

Hanya ada 4 siri dan 42 episod, memang tak terlepas dari kita terbahak-bahak. Cukup la untuk isi masa terluang. Belajar jugak sedikit apa itu adverb, preposition, conjunction dan segala term bahasa inggeris yang dah dilupakan dulu. Apa-apa pun, Mind Your Language!

Final Piala Dunia Brazil 2014 vs Kerja

Esok pukul 3 pagi akan berlangsung perlawanan final bola sepak Piala Dunia Brazil 2014, antara Jerman dan Argentina di Rio de Janeiro. Disebabkan perlawanan final ni 4 tahun sekali, maka pagi esok akan ramai la yang mata bengkak macam panda dan klinik-klinik panel akan meriah orang beratur nak ambil MC.

Tp bagi aku, esok kena kerja jugak. Memang tak apply cuti pun sebab lepas ni company shut down seminggu untuk raya dan aku pun dah nak kena ambil cuti kahwin. Banyak cuti nak apply. Kalau cuti pun unpaid leave, tapi tak perlu la sampai perlu macam tu kan. Rugi la bercuti gaji tak berbayar.

Tapi piala dunia tahun ni kurang keceriannya. Sebab apa? Sebab orang sanggup bangun untuk tengok Messi dan Müller gelecek bola dari berdiri atas sejadah untuk mohon keampunan diri dari dosa. Tak tau la, ada baiknya ada buruknya. Gaza diratah dengan bom dan peluru, tapi bersorak untuk pasukan pilihan lagi kuat dari tangisan air mata mendoakan saudara kita di sana.

Dah jauh melencong. Esok aku kera, tak boleh nak mengantuk sangat esok. Kena fikir esok akan ramai orang yang tak datang kerja, jadi kerja kita akan banyak sangkut. Selasa cuti, jadi kerja Isnin dan Selasa kena siapkan esok jugak. Terpaksa kerja esok? Tak boleh terpaksa, kena cari jalan untuk ikhlaskan diri. Dah nak kahwin kan? Keberkatan dan keikhlasan dalam bekerja kena ada. Cukup la itu sebagai dorongan.

Persiapan perkahwinan: 33 hari & 14 jam

Kurang dari 33 hari 14 jam, aku insyaAllah akan diijab kabulkan. Ini adalah satu permulaan fasa hidup yang baru, yang diidamkan oleh semua lelaki normal. Kenapa untuk yang normal je? Sebab kat luar sana dah ada yang tak normal - suke kat lelaki la, lagi senang hidup membujang la dan lain.

Apa yang aku dah prepare setakat sekarang, borang nikah ready, duit hantaran dah settle, baju nikah pun dah siap, kad jemputan majlis pun dah tempah. Yang tak siap lagi pun banyak lagi - jamuan, khemah, homestay utk keluarga sebelah sana, berkat (istilah orang jawa untuk door gift yang kita dapat lepas salam dengan tuan rumah). Banyak jugak tu.

Satu lagi adalah selepas majlis tu pulak. Ni yang kami si bakal suami ni selalu terleka. Alhamdulillah aku dah pun ada rumah untuk dihuni lepas nikah nanti dengan isteri. Rumah ni rumah abah sebenarnya, abah beli sebelum dia pencen, untuk anak-anak dia. Tapi, bakal isteri masih belajar, jadi seminggu tu rumah tu akan berstatus rumah orang bujang je, yang ada mungkin barangan rumah yang asas je dulu sementara nak mula hidup.

Lagi 33 hari lebih sedikit je lagi. Tak lama dah tu. Aku dah bersedia ke untuk memikul tanggungjawab? InsyaAllah, kene yakin dengan janji-janji Allah untuk hambanya yang berusaha menjaga diri dan agamanya dari maksiat.

Aku terima nikahnya..huhu...

Review: Berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant

Jumaat lepas aku diminta oleh bos untuk lead jamuan berbuka puasa dengan customer. Tempat di Bangi Golf Resort Restaurant. Makan buffet, tempat ekslusif, makanan sedap. Tapi, tak best laaa!

Perkara tak best #1
Sebagai orang yang lead untuk aktiviti ni, maknanya aku kene lebih tumpu untuk melayan customer, bersembang dengan mereka dan bincang hal bisnes. Oleh sebab itu, aku just makan sedikit je kemudian terpaksa bekerja. Kita bukan orang yang diraikan, jadinya kena la tolak tepi hal berbuka puasa tu.

Perkara tak best #2
Tempat memang mewah, biasalah restaurant clubhouse golf kan, tempat Tan Sri Datuk Seri makan selepas main golf. Tapi yang datang hari tu ada hampir 800 orang kot. Ramai sangat la, dengan bising orang chit-chat dan budak-budak menangis, dengan kena beratur panjang untuk dapatkan makanan sepinggan dua. Memang tak best. Aku dapat makan sup kambing dan kambing bakar je. Jadi la, alhamdulillah.

Perkara tak best #3
Makanan memang sedap, tapi dari company aku wakil hanya 5 orang, dan aku bawak 3 orang co-worker. Macam biasa lah, dah la kita yang bawak, kena la jadi driver sekali. Bila dah kembali ke office, kena sambung buat kerja lagi setengah jam sebab bos last minute bagi kerja tu. Memang rasa tak nak buat dah, tapi disebabkan esok Sabtu memang malas nak kerja, jadi tahan la mata sekejap siapkan kerja tu.

Perkara tak best #4, #5 & #6
Yang lain-lain aku combine je lah. Harga mahal (bagi aku la) sebab RM50 tu kalau pergi bazar ramadhan macam-macam boleh beli. Next, aku dapat tempat dewan yang bukan di kawasan gerai-gerai makanan. Then, cawan untuk minuman kecil. Cik wani yang jadi orang aku tempah tu pukul 9 dah balik, baru nak ambil resit. Dan lain-lain.

Nasib baik lah untuk jamuan kali ni free je aku join. Kalau bayar sendiri memang aku takkan pilih untuk makan secara buffet macam ni. Tak setimpal kita bayar dengan apa kita makan. Baik beli kat bazar, rm20 dah boleh lenguh tangan jinjing makanan yang boleh dibeli.